Tentang Kami

Tentang Kami

Sejagat Global Resources (002414206K) adalah sebuah Syarikat milik penuh Bumiputera yang mengeluarkan serta memasarkan pelbagai jenis produk makanan dan minuman kesihatan berasaskan herba serta kosmetik tradisional dan moden yang telah menembusi pasaran setempat dan antarabangsa.

Untuk pengetahuan umum, syarikat Sejagat Global Resources ini adalah kelahiran anak syarikat pertama Legacy Secret Sdn Bhd yang telah ditubuhkan atas tujuan penghasilan produk-produk yang lebih premium dan ekslusif berbanding produk keluaran Legacy Secret yang lebih mampu milik. Walaubagaimanapun, syarikat masih diterajui oleh pemilik yang sama iaitu Tuan Mohd Zahid Bin Mohd Zaki yang mempunyai lebih lima tahun pengalaman dalam bidang masalah dalaman wanita, supplemen makanan tambahan juga minuman, serta makanan kesihatan, dan juga herba tradisional dan moden.

Dengan lebih 300 agen dan 20 outlet diseluruh Malaysia, Sejagat Global Resources telah berkembang maju dengan pengeluaran pelbagai jenis produk kesihatan serta menawarkan konsep 3P iaitu Pemborong, Pengedar, dan Peruncit. Konsep ini menawarkan harga yang berbeza untuk setiap kategori pembelian seperti pemborong dan pengedar, manakala pengguna pula diberi potongan harga yang sangat istimewa.

Sejagat Global Resources juga menyediakan ruang kepada usahawan untuk memulakan perniagaan jualan produk dengan modal yang sangat rendah serta mudah dijual, antara produk yang mendapat sambutan hangat termasuklah Glutacaps, Umma lacto, Eye’s Care, Kilo Up dan sebagainya.

Kesemua produk tersebut merupakan produk minuman dan makanan kesihatan untuk wanita dan lelaki yang mementingkan kesihatan selain untuk mereka yang menghadapi masalah dalaman dan luaran. Sehingga kini sambutan yang diterima dari dalam negara adalah sangat menggalakkan malah terdapat juga permintaan dari luar negara seperti Singapura, Indonesia dan Brunei yang menunjukkan minat terhadap produk Sejagat Global Resources

Visi Kami

Menjadi syarikat terulung menerajui bidang kesihatan dan kecantikan dan dikenali sehingga ke peringkat antarabangsa.

Misi Kami

-Menyediakan produk yang berkualiti
-Menjadi peneraju pasaran dalam pelbagai bidang
-Menjadi syarikat yang mampu memberi komitmen penuh pada pelanggan



Pengasas

MOHD ZAHID BIN MOHD ZAKI
Beliau merupakan pengasas kepada syarikat Legacy Secret Sdn Bhd dan anak syarikatnya iaitu Sejagat Global resources.Berumur 26 tahun dan berpengalaman serta telah menceburi bidang perniagaan sejak di bangku sekolah lagi. Hasil dari usaha gigih beliau selama hampir 10 tahun berniaga,beliau kini telah mempunyai lebih 15 cawangan anak syarikat dan 2 kilang berasaskan produk makanan. Terdapat lebih dari 50 jenama produk di bawah Legacy Secret Sdn Bhd.

 



General Manager

Abdullah Saleh Zubir

Merupakan pengasas BCS Empire yang sekarang menjadi anak syarikat kepada sejagat global resources.Beliau juga menjadi orang kepercayaan Didalam syarikat sejagat global resources.mencuburi bidang kosmatik dan kesihatan selama 2 tahun setengah. Dengan pengalaman yang beliau miliki, beliau mengeluarkan ayat"satu hari akan ku pastikan sejagat global berada di persada antarabangsa"